JOM JADI SAHABAT SAYA

Memaparkan catatan dengan label Resepi Masakan Ikan Pancing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Masakan Ikan Pancing. Papar semua catatan

Isnin, 29 April 2013

Udang Galah Berkunyit


Bahan-


  1. Udang Galah /Udang biasa -1kg
  2. Kunyit serebuk - 1 sudu kecil
  3. Serai - 1 batang (diketuk)
  4. Halia - 3cm
  5. Cili Padi -7 batang / atau lebih ( dibelah tengah)
  6. Minyak Masak   
  7. Bawang Besar - 1 biji ( dihiris tebal )
  8. Bawang putih - 2 ulas
  9. garam - (secukup rasa )


Cara-

  1. Panaskan minyak ,
  2. Tumiskan bawang besar , bawang putih ,halia dan serai
  3. Bila sudah naik bau, masukkan udang , kunyit serebuk, cili padi dan garam (digaul rata)
  4. Bila sudah empuk isi udang, boleh lah dihidangkan,



SELAMAT MENCUBA...






Isnin, 30 Januari 2012

Masak Lemak Cili Padi Mempelam


   Bahan-bahan
  •  1 ekor ikan sembilang /tenggiri /merah / ayam /(atau apa2, ikut selera)
  •  2cm hunyit hidup  - dikisar
  •  2cm halia  -  dikisar
  •  2 batang serai -  dititik / ketuk
  •  20 biji cili padi  - dikisar ( tambah jika mahu lebih pedas )
  •  3 helai daun limau purut
  •  2 biji buah pelam kampung muda (1 biji dibelah dua)
  •  1 biji santan kelapa
  •  garam
      *   Kisar/mesin , kunyit, halia, cili padi sekali

Cara-cara

         Masakan ini tidak menggunakan minyak

     1. Masukkan air dan santan berserta bahan yang dikisar berserta buah pelam
     2. Masukkan ikan , serai, daun limau purut dan garam secukup rasa
     3. Memasak menggunakan api yang sederhana kecil - mengelakkan dari ikan hancur
     4. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul apabila ikan masak dan boleh lah dihidangkan. 


" SELAMAT MENCUBA"

Sabtu, 28 Januari 2012

Kerapu 3 Rasa Bernenas


Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan kerapu / (atau apa2 ikan, ikut selera)
  • 2 biji bawang besar – dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih – dimayang halus
  • 2cm halia – dimayang halus
  • 2 batang serai – dititik/ketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 15 biji cili padi - dipotong kecil2
  • ½ biji nenas ( jangan terlalu masak )- dipotong dadu
  • ¼ botol cili sos
  • minyak masak
  • garam
Cara-cara
    1. Ikan hendaklah di goreng terlebih dahulu
    2. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, bawang putih,halia dan serai
    3. Bila sudah naik bau, masukkan cili sos,cili padi , nenas,garam dan daun limau purut
        digaul sekali dalam beberapa minit,
    4. Setelah siap, letakkan ikan didalam pinggan yang besar kemudian tuangkan diatas ikan
        dan siap untuk dihidangkan.
           “ SELAMAT MENCUBA”

Jumaat, 27 Januari 2012

Asam Pedas Daun Kesum


Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan sembilang /tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 Tangkai  daun kesum
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 20 batang cili kering (dikisar)
  • 1/2 mangkuk kecil air biasa
  • garam dan gula (ikut rasa)
  • minyak masak
  • sedikit belacan (bagi yang makan)
  • 30 biji lada hitam ( ditumbuk jangan sampai terlalu halus)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, masukkan  bawang besar ,bawang putih dan belacan  yang telah dikisar,  Tumis hingga naik bau. kemudian masukkan lada yang sudah kisar, tumis hingga naik bau .
  2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa dan garam kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan , bila ikan kelihatan hampir empuk, masukkan daun kesum dan lada hitam.
  4. Memasak menggunakan api yang kecil saja. mengelakan dari ikan jadi hancur
  5. Setelah selesai , bolehlah dihidangkan 

      SELAMAT MENCUBA...