Assalamualaikum.....
Buat rakan seperjuangan pancing....semoga dengan pengalaman yang akan saya kongsikan ini mudah-mudahan ianya dapat memberi maklumat kepada rakan2 pancing sekelian....., Saya bukanlah otai siakap. dan bukan nak tunjuk hebat... sekadar nak kongsi pengalaman saja...
Hantu pancing
Penglibatan terhadap aktiviti memancing ini bermula sejak berumur 8 tahun lagi, memancing dari parit ke anak sungai ,dari sungai hingga ke laut ( selat) hingga kesaat ini, sejak march 2012 aktiviti memancing menjadi lebih aktif dan kerap setiap minggu ,apabila saya memiliki bot sendiri ...
Dimana silapnya ?
Bila nampak sungai atau lokasi yang menarik ada orang yang akan berkata " wah... ni mesti banyak ikan....." kadang kala kata2 itu tidak benar dan meleset... begitu juga dengan diri saya , berfikir .....,bila dah ade bot sendiri , mancing mesti dapat ikan banyak dan besar2. rupa2nya saya silap...... apa yang terjadi kepada saya bila turun mancing sejak ada bot ? lebih kurang 3 bulan atau 15 kali turun mancing .... hasilnya hampeh!!!! dapat lah anak2 ikan , nak jumpa ikan beratnya lebih 1kg pon takde...dimanakah silapnya?....
kesimpulan dari pengalaman saya... ,
1) Kita nak kena tahu ikan ape yang kita nak pancing..
2) Nak kena tahu umpan ape yang sesuai .
3) Nak kena tahu Lubuk/port/ batu karang ( tempat ikan bermain)
4) Kena tahu jadual air pasang surut , sebab ikan galak makan semasa perubahan air
5) Kesesuaian penggunan joran, tali,perambut serta saiz mata kail yang sesuai
6) Kena tekun dan sabar kalu nak dapat ikan .
7) Kena terima / redo serta bersyukur dengan rezeki yang allah bagi...
Mengesan lubuk
Saya lebih suka mencari lubuk sendiri, pada mulanya berpadukan orang2 yang datang berlabuh(parking bot) untuk memancing kemudian kita ikut berlabuh dikawasan sekitar dan cuba jelajah di sekitarnya... jika ianya membuah kan hasil, kita kena catat , masa/waktu ikan galak makan,hafal angle(kawasan)tempat kita berlabuh serta keadaan air, boleh kita ulang memancing dilokasi itu bila turun memancing...yang pastinya hasil akan kita perolehi..
Cara mudah untuk mengesan lubuk ikan atau batu karang didasar tanpa menggunakan alat pengesan ikan (sona) degan cara menggunakan batu ladung yang agak berat, kemudian jatuhkan ke dasar, dan berhanyut bersama bot(matikan enjin )mengikut arus air... kita boleh rasa bila ladung mengenai batu ,kemudian pastikan arah batu ladung yang terkena batu/tersangkut , hidupkan enjin, maju kearah tempat yang terkena batu/ tersangkut dengan jarak yang sesuai untuk kita labuhkan sauh,agar umpan kita akan jatuh dilokasi tersebut.
inilah hasilnya....
Selasa 25 Disember 2012
Lubuk yang telah dikenal pasti , didiami siakap saiz XXL
Ahad 3 Febuary 2013
Siakap 6 kg
Mengesan lubuk sikap
Sabtu 9 Febuary 2013Mengesan lubuk sikap
Tanda2 ,terdapat reba / akar pokok/pokok tumbang, dan kelihatan anak2 ikan berkeliaran lari, serta amburan (sambaran siakap terhadap anak2 ikan) jika ini belaku, bolehlah mencuba dengan teknik casting atau menggunakan pelampung dengan berumpankan udang hidup, insyaalah...
Siakap 8kg
Trip buru siakap yang mendebarkan
Trip buru siakap yang mendebarkan
Trip masa ni , sangat luar biasa bila rentapan siakap belaku sebanyak 5 kali dalam masa 2 jam ,sekor saja dapat ditumpaskan ,2 ekor terputus perambut ketika hendak menyayuk , 1kali putus semasa melarikan umpan sejauh 150 meter dan 1 ekor lekat di reba... saiz xxl ,dalam jangkaan 9 - 13 kg mengikut pengalaman...dah takde rezeki.. menggunakan tali perambut Dupon 30 lbs dalam keadaan air berarus deras... jangkamasa bertarung 25-30 minit
Sabtu 2 March 2013
siakap 7.2 kg
Mengimbas kembali detik2 cemas apabila sikap yang terkena pancingku dalam jarak 40 meter ,semasa sedang beradu kekuatan, ikan siakap menerepa / menuju kearahku ( ke bot) dengan menyongsang arus air menarik dengan kuat, macam tarik lembu dah!!! ,zittt ,zittt, zittt mesin berbunyi....tahan punya tahan , belaku sesuatu pada mesin pancingku , grrrr,grrrr,grrrr semasa tengah beradu tenaga....., dalam fikiranku : " alamak!! aku punya mesin dia punya gear problem, mungkin dah loose, sebah selalu sangat gasak siakap xxL pakai mesin ne.." dan akhirnya , tali pancing yang di tarik keras lagi luar biasa dari biasa itu , akhirnya terputus ,sebab lama sangat fight sampai 30 minit ... , tali dah hancur akibat gesiran di mulut siakap , walau pon siakap tidak bergigi ...
Ada juga rakan2 yang menafikan bahawa tidak percaya dengan perambut 30 lbs yang aku gunakan boleh putus akibat gigitan siakap, itu terpulang pada pengalaman masing2...ape yang aku rasakan... ianya tak dapat dijangkakan, dengan keadan arus yang deras... tak rasa tak tahu... main pakai cakap je...memang boleh..
Sabtu 4 May 2013
Siakap 9 kg
Begitu sukar bila nak naikkan ikan seberat 9 kg ke bot kerana memancing berseorangan
Walaupun tak banyak , walaupon seekor aje namun , ianya satu kepuasan
Slalu memancing di kongkong ker.. pnh try casting guna udng hidup tpy kumpau gak.. bly mtk tnjuk aja x.. sye bru lagy di kongkong.. terima kasih
BalasPadammohd ryzal... ape salahnya... calling2 lah...0177633156
Padamsalam.... mohd ryzal,casting ni nak kena sabar... kena tahu kat mana sesuai utk casting , yg jadi tempat port siakap, biasa klu orng casting kat kong kong neh... diorang cari siakap. kadang2 ikan lain naik gak... sprt , kakap merah dan ungah... lah ni taiko2 kong kong dah buat reba sendiri tmpt port ikan..
BalasPadamWasalam.. terimakasih untk info tersebut.. sy baru lagi die kong2...
BalasPadamMungkin blum ada rzki lgi mcm tuan amir..
Blog yg bguna untk bgginer mcm sy...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadaminsyaallah..mudah-mudahan dengan ape yg kita inginkan akan termakbul...amin
PadamMohd Rizal.... saya merasakan perkongsian saya tak sebagus mana... mudah-mudahan ianya dapat membantu...kalau ada apa2 cadangan bolehlah kongsi2 ye...
PadamKalau casting siakap pada mlm adakah ianya membuahkan hasil? Adakah siakap aktif waktu mlm?
BalasPadamsalam tuan... casting pada waktu malam boleh sahaja ..cuma tak pasti siakap galak makan waktu malam. nak kena tengok lokasi juga... saya pernah casting waktu malam ...yang dapat ikan ungah seberat hampir 2kg ,,setakat ni ikut pengalaman saya , siakap kurang galak waktu malam... klu pancing siakap waktu malam... saya guna pelampung sahaja... kadang2 dapat juga...
PadamPergh.... Ni dah Master bab siakap nie... Saya akan bagi tuan Title Sifu Siakap jika kita berjumpa.... Saya selalu memancing kat Jeti Sungai Pelek , Sepang...
BalasPadamSalam tuan,,,,terima kasih kerana menjenguk block ne... . saya belum layak lagi nak sandang gelaran master ne,,,hehehehehe,,, segan rasanya,,, segalanya mungkin kebetulan saja + bertemu rezeki... kadang2 hampeh juga....
PadamAssamarqandi Lee... mana2 pergi mancing pon takpe asal kita senang... yg penting utamakan keselamatan.. ape2 pon semoga tuan sukses....ape2 cadangan dan cerita boleh lah kongsi bersama
klu tuan sudi boleh jadi ahli jom berembat dgn log masuk..terima kasih tuan.. berhubunglah lagi bila senang,,,
Padambest tgok gmbr bro..biase layan kong kong ni kt rkit ah kaw je..kunpow bro..xde ape..hehe..teringin nk naik bot tp xde pilot..bru2 je ni nk giler mncing..hehe
BalasPadamAssalamualaikum,sy teringin nak tarik siakap bang,tapi tak tau caranya....biasa membottom jer...dpt la duri ngan gelama..hehehe.boleh tak abg ajar sy... Hafiz scientex pgudang.0197672495
BalasPadamAssalamualaikum..... Cik faizul ismail
PadamNak mancing siakap ni tak lah susah mana... cuma nak tahu latar belakang ikan siakap dulu..... lepas tu cara / teknik nak pancing siakap.... kadang2 saya sendiri pon mancing cari siakap ade masa balik kosong... susah nak jangkakan...
sya cuba terangkan serba sedikit tentang cara2 nk mancing siakap
ikan siakap -
sejenis ikan yg agresif dan pemburu kepada ,ikan2 kecil dan udang sebagai mangsa/ makananya..
time cari mangsa-
1-masa air nak pasang / arus slow
2-masa air nak penuh / arus slow
3-masa air penuh jalan nak surut /arus slow
4-masa air surut nak mati arus / arus slow
kesimpulan -
-siakap aktif cari mangsa bila arus tak kuat / arus lemah
arus laju payah...
-siakap x main lokasi yg sangat dalam
Port siakap -
dikawasan bereba / bakau / pokok tumbang
Cara pancing -
guna cara casting.... joran ringan mesin pakai 4000 atau 3000
Tali benang 30 pound.
perambut 30/40 pound ( tangsi) tarik 2 depa sambung kat benang dgn cara FG KNOT
mata kail ikut sesuai dengan umpan
guna batu lonjong no 2..... pakai stoper
Umpan -
Udang hidup atau belanak hidup
TEKNIK MAIN -
Casting - baling dan tarik plan2... tapi jgn terlalu perlahan nanti sangkut kat dasar
= PETUA
kena sabar- jangan putus asa.... bila baru nak main casting . teknik casting adelah teknik terbaik...
semoga dpt membantu..
terbaik la boleh dikatakan tuan blog adalah sifu teknik memancing ikan siakap. Ikan siakap yang dapat pun besar-besar. Saya biasa menggunakan umpan ikan pisang untuk memancing ikan siakap liar
BalasPadamterbaik CARA MEMANCING IKAN SIAKAP
BalasPadaminfo terbaik master siakap (Amir)
BalasPadamkawan nk tanya cket cara mancing siakap sungai macam mna ?
lokasi saya tanjung putri resort pasir gudang...biasa mancing kat sungai kim2dapat sembilang jer...tempat ni banyak siakap bermain tapi susah nak dapat...kalau tuan berkenan boleh la datang tempat saya sungai kim2 SRI AMAN...
BalasPadamTHANK YOU TUAN MASTER AMIR
fon number :0187881635
BalasPadam