Ikan tamok merupakan spesis ikan yang agak sukar untuk dipancing, setengah2 pehak berpendapat bahawa ikan tamok,tak makan umpan dan sukar dipancing , ikan tamok boleh mencecah berat sehingga tiga kilogram seekor , biasanya ia didalam kumpulan yang agak kecil.
Umpan terbaik adalah roti...., udang pepai juga boleh digunakan tapi kurang efective , nak kena tengok lokasi yang agak sesuai, kalau menggunakan udang pepai , biasanya tamok akan makan bawah susah untuk membaca pergerakannya. dengan menggunakan roti ikan tamok biasanya akan makan di permukaan air,
Untuk mengenali lokasi dimana terdapat ikan tamok bermain , biasanya kalau terdapat ikan belanak bermain2 disitu juga terdapat ikan tamok, untuk memastikan keberadaan ikan tamok disitu , kita perlu menabur umpan terlebih dahulu iaitu roti... dengan menghancurkan bersama air sehingga seperti hampas kelapa... kemudian taburan untuk kali kedua dengan roti yang dicubit2 seperti ketulan2 kecil sebesar duit lima sen sebanyak sekeping roti atau lebih... kena tunggu , hingga kelibat ikan tamok muncul...jika kelihatan anak2 ikan tamuk mula makan roti ,kita dah boleh memulakan memancing... biasanya tamok yang besar akan bermain dibawah... untuk memancing tamok , kita perlu ada kesabaran yang tinggi.... spesis ikan yang makan roti ni macam2 juga , seperti belanak, ketang, bandang susu, dan puput. ikan2 ini hadir bila berlaku gelombang bunyi dari aktiviti perebutan ikan memakan roti secara rancak berkumpulan , kita jadi leka dengan situasi itu.. macam mana anda hendak memancing terpulang pada diri dan kemahiran anda sendiri.
Waktu sesuai untuk memancing adalah ketika air baru nak pasang , situasi air laju dan keadaan berangin sukar untuk memancing tamok...
Joran yang disyor adalah panjangnya 7 kaki keatas dan halus , manakala mesin bersaiz kecil serta dimuatkan dengan tali tangsi bersaiz 8 atau 10 paun , mata kail bersaiz no7 dan 8 dan mengenakan pelampung kecil
Masakan yang sesuai untuk ikan tamok... boleh juga dibakar dan masakan asam pedas ..
Semoga maklumat dan perkongsian ini bermanafaat untuk rakan2 pancing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan