JOM JADI SAHABAT SAYA

Memaparkan catatan dengan label Sungai Latoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sungai Latoh. Papar semua catatan

Khamis, 19 Januari 2012

Sungai Latoh 4

Macam biasa turun mancing.....nak ajak member semua ada hal, pergi sendiri je.... sebab aku punya time kerja tak menentu, hari minggu pun kerja ,...pergi memancing dalam keadaan bidan terjun.....takut nak buat janji , kalau buat janji dengan member tak jadi susah nanti... dah..... member  tak caya kat kita plak tarik muka basi ngan kita..... macam mana..

Ni lubuk baik.... walau macam mana pun
 faktor air dan cuaca juga memainkan peranan penting


Sedang memerhati.....batang joran dan kera
 takut2 kera ni curi pulak barang aku


Menjadi teman aku ..... sedara ni dekat betul dengan bot aku sekitar
10 kaki...kelihatan baik je....tapi dia punya mata belingas... memerhati isi dalam bot aku...
mungkin nak mencuri kot,


Beginilah keadaannya.... cuaca panas sangat, pakai topi besar


Hasil tangkapan.... dari kanan , ikan kerapu ,gerut2,gelama dan baji

Sungai Latoh 3

Kali ni pergi memancing berdua dengan kawan.... turun memancing agak lambat,sampai dilokasi sekitar 11.30 pagi bercadang nak sewa bot, tapi malangnya bot semua telah habis disewa ,terpaksa sewa bot kosong tanpa enjin, guna enjin tangan je.....( mendayung).......cuaca pulak kurang baik hujan, kadang2 lebat belarutan hingga pukul 4.00 petang, sejuk dan kecut kaki tangan, sampai mengigil dibuatnya... nasib baik lah .....mancing kat sungai...angin tak kuat sangat

ikan ungah tanda....



Siap kau...balik ni aku buat asam pedas .


Hasil tangkapan..


Isnin, 14 November 2011

Sungai Latoh 1

Semangat nak pergi memancing berkobar-kobar... segala persiapan telah dibuat , seperti peralatan dan segala keperluan untuk memancing.. umpan udang hidup juga telah dibeli...semua peralatan dan keperluan telah ku susun dengan rapi di penjuru dapur... hanya menunggu esok pagi sahaja.... bila tengok kelengkapan yang telah disiapkan... rasa tak sabar pulak.... macam nak pergi malam tu juga... aku menghubungi adik ku untuk dapatkan  kepastian sama ada jadi atau tidak untuk pergi memancing esok... nampaknya aku terpaksa pergi memancing esok sorang2, sebab adik aku tak jadi pergi... ade hal katanya. rasa keciwa juga.... memandangkan semua persiapan telah dibuat , aku mengambil keputusan untuk pergi memancing sendiri...
           Nada penggera telefon ku berbunyi 5.00 pagi, aku bergegas bangun dari tidur dan terus kebilik air untuk mandi..... sewaktu melewati dapur untuk kebilik air.... kelihatan isteriku tercongok didapur sedang memasak , rupa2nya isteriku telah pun bangun lebih awal  dariku...menyiapkan bekalan yang akan kubawa untuk pergi memancing...".terima kasih sayang.. kerana memahami diri ini".....
          Setelah semua keperluan mememancing ku masukkan  kedalam kereta .... hanya menunggu untuk memulakkan perjalanan sahaja....."opssssss" belum solat subuh lagi....aku solat dulu.... sekitar 6.15 pagi aku memula kan perjalanan..... sampai dilokasi tepat jam 7.00 pagi .... proses memungah barang keperluan memancing ke dalam bot memakan masa 15 minit... pada pukul7.15 aku dah mula bergerak menyusuri sungai...dengan mendayung je..... hehehehehehehe... tanpa enjin ,( enjin tangan) ...



Rakit tempat parking bot

lubuk pertama yang aku singgah


hehehe..... ikan sumpit ni... menyibuk je..
Ikan sembilang

Ikan gemang ( sembilang besar)

Hehehehe.... ambil gambar sendiri




Hasil tangkapan

Masak ikan  pancing.... sedap Ooo......ikan baru

Sungai Latoh 2

            Kali ni mancing tak syok sangat.... macam biasa turun mancing sorang . yang tak syoknya sampai pagi pukul 7.00, mula mancing pukul pukul 11.00, di sebabkan menunggu bot yang di janjikan oleh anak kepada tuan punya bot tak sampai2... jenuh menunggu , hati mula sakit sebab dah buat janji lebih awal, tunggu punya tunggu 2 jam berlalu... aku cuba telefon berulang kali tapi tak dijawab, aku rasa  hampa.... tapi nak buat macam mana.... mahu tak mahu , kena pancing juga sebab dah sampai...terpaksa lah mancing kat rakit je.... sekitar 10.30 pagi aku menyusul kerumahnya yang tidak jauh dari situ . setibanya aku dirumahnya.....aku beri salam, dalam beberapa minit muncul tuan punya bot didepan pintu, aku pon memberi tahu hal yang sebenar kepadanya, bahawa aku telah membuat tempahan awal dengan anaknya untuk menggunakan bot kosong ( tanpa enjin), malang sekali bot tu telah pun digunakan oleh orang lain.... aku disarankan oleh tuan punya bot untuk menggunakan bot yang lain, yang berada dirakitnya dan pilih sendiri yang mana aku mahu... aku pon tak belengah lagi terus kembali kerakit dan  mengambil salah satu bot dirakit itu , setelah semua barang ku isi kedalam bot aku pun mula lah mendayung......

 Air tengah pasang



 Beginilah keadaannya ,bila cuca panas sangat..yang di tunggu tak muncul2
hai..... mana semua ikan pergi ni..sonyap jo..


Biasanya aku guna bot kecil dan ringan, tapi kali ni besar gedabak,
masa mancing ikut air turun tak rasa berat... bila nak balik lawan arus sikit berserta angin
peh!!!!!!! dia punya berat... 2 hari sakit badan Ooo...tapi dalam bot tu selesa.

 
Terpaksa berteduh dibawah pokok.....
yang aku risaukan bila di bawah pokok ni..... ialah ular bakau  , sambil mancing
mata kena lah memandang di sekeliling terutama diatas pokok tempat berteduh tu...
aku dengan ular ni memang fobia...he... geli


                    Udang hidup tak boleh takde....mesti ada, kalau takde tak meriah rasanya
banyak ikan2 yang jenis bersisik ni, suka pada umpan hidup seperti udang hidup , anak  tamban dan anak belanak...
 Dilubuk ini lah , ....kalau rajin dan sabar menunggu adelah rezekinya..



 Ikan ungah tanda,sumpit dan kerapu, ini je rezeki yang aku dapat, syukur....
lepas lah makan untuk tiga hari...dari pada balik tangan kosong....dah tentu kena
bising dengan mak bonda / bentara guru....hehehehehhe