JOM JADI SAHABAT SAYA

Memaparkan catatan dengan label Koleksi Buru Siakap XXL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi Buru Siakap XXL. Papar semua catatan

Rabu, 27 Februari 2013

Koleksi Buru Siakap XXL

Khamis 28 febuary 2013

Assalamualaikum.....
Buat rakan seperjuangan pancing....semoga dengan pengalaman yang akan saya kongsikan ini mudah-mudahan ianya dapat memberi maklumat kepada rakan2 pancing sekelian....., Saya bukanlah otai siakap. dan bukan nak tunjuk hebat... sekadar nak kongsi pengalaman saja...

Hantu pancing
Penglibatan terhadap aktiviti memancing ini bermula sejak berumur 8 tahun lagi, memancing dari parit ke anak sungai ,dari sungai hingga ke laut ( selat) hingga kesaat ini, sejak march 2012 aktiviti memancing menjadi lebih aktif dan kerap setiap minggu ,apabila saya memiliki bot sendiri ...

Dimana silapnya ?
Bila nampak sungai atau lokasi yang menarik ada orang yang akan berkata " wah... ni mesti banyak ikan....." kadang kala  kata2 itu tidak benar dan meleset... begitu juga dengan  diri saya , berfikir .....,bila dah ade bot sendiri , mancing mesti dapat ikan banyak dan besar2. rupa2nya saya silap...... apa yang terjadi kepada saya bila turun mancing sejak ada bot ? lebih kurang 3 bulan atau 15 kali turun  mancing .... hasilnya hampeh!!!! dapat lah anak2 ikan , nak jumpa ikan beratnya lebih 1kg pon takde...dimanakah silapnya?....

kesimpulan dari pengalaman saya... , 
1) Kita nak kena tahu ikan ape yang kita nak pancing..
2) Nak kena tahu umpan ape yang sesuai .
3) Nak kena tahu Lubuk/port/ batu karang ( tempat ikan bermain)
4) Kena tahu jadual air pasang surut , sebab ikan galak makan    semasa perubahan air
5) Kesesuaian  penggunan joran, tali,perambut serta saiz mata kail yang sesuai 
6) Kena tekun dan sabar kalu nak dapat ikan .
7) Kena terima / redo serta bersyukur dengan rezeki yang allah bagi...


Kena banyak bertanya kepada rakan2 yang biasa , lebih baik kalau dapat ikut otai2 mancing. bertanya kepada orang2 yang iklas yang nak ajar dan nak tunjuk lubuk, kadang kala, member2 ni susah sikit, kedekut lubuk.... takut ikan dekat lubuk tu habis....

Mengesan lubuk
Saya lebih suka mencari lubuk sendiri, pada mulanya berpadukan orang2 yang datang berlabuh(parking bot) untuk memancing kemudian kita ikut berlabuh dikawasan sekitar dan cuba jelajah di sekitarnya... jika ianya membuah kan hasil, kita kena catat , masa/waktu ikan galak makan,hafal angle(kawasan)tempat kita berlabuh serta keadaan air, boleh kita ulang memancing dilokasi itu bila turun memancing...yang pastinya hasil akan kita perolehi..
Cara mudah untuk mengesan lubuk ikan atau batu karang didasar tanpa menggunakan alat pengesan ikan (sona) degan cara menggunakan batu ladung yang agak berat, kemudian jatuhkan ke dasar, dan berhanyut bersama bot(matikan enjin )mengikut arus air... kita boleh rasa bila ladung mengenai batu ,kemudian pastikan arah batu ladung yang terkena batu/tersangkut , hidupkan enjin, maju kearah tempat yang terkena batu/ tersangkut dengan jarak yang sesuai untuk kita labuhkan sauh,agar umpan kita akan jatuh dilokasi tersebut.

inilah hasilnya....

              Selasa 25 Disember 2012


Siakap 7kg
Lubuk yang telah dikenal pasti , didiami siakap saiz XXL 





              Ahad 3 Febuary 2013

Siakap 6 kg

Mengesan lubuk sikap
Tanda2 ,terdapat reba / akar pokok/pokok tumbang, dan kelihatan anak2 ikan berkeliaran lari, serta amburan (sambaran siakap terhadap anak2 ikan) jika ini belaku, bolehlah mencuba dengan teknik casting atau menggunakan pelampung dengan berumpankan udang hidup, insyaalah...



                     Sabtu 9 Febuary 2013

Siakap 8kg  

Trip buru siakap yang mendebarkan
Trip masa ni , sangat  luar biasa bila rentapan siakap belaku sebanyak 5 kali dalam masa 2 jam ,sekor saja dapat ditumpaskan ,2 ekor terputus perambut ketika hendak menyayuk , 1kali    putus semasa melarikan umpan sejauh 150 meter dan 1 ekor lekat di reba... saiz xxl ,dalam jangkaan 9 - 13 kg mengikut pengalaman...dah takde rezeki.. menggunakan tali perambut Dupon 30  lbs dalam keadaan air berarus deras... jangkamasa bertarung 25-30 minit
     

                                       
                     Sabtu 2 March 2013

 siakap 7.2 kg

Mengimbas kembali detik2 cemas apabila sikap yang terkena pancingku dalam jarak 40 meter ,semasa sedang beradu kekuatan,  ikan siakap menerepa / menuju kearahku ( ke bot)  dengan menyongsang arus air  menarik dengan kuat,  macam tarik lembu dah!!! ,zittt ,zittt, zittt  mesin berbunyi....tahan punya tahan , belaku sesuatu pada mesin pancingku , grrrr,grrrr,grrrr semasa tengah beradu tenaga....., dalam fikiranku : " alamak!! aku punya mesin dia punya gear problem, mungkin dah loose, sebah selalu sangat gasak siakap xxL pakai mesin ne.." dan akhirnya , tali pancing yang di tarik keras  lagi luar biasa dari biasa itu , akhirnya  terputus  ,sebab lama sangat fight  sampai 30 minit ... , tali dah hancur akibat gesiran di mulut siakap , walau pon siakap tidak bergigi ... 



Ada juga rakan2 yang menafikan bahawa tidak percaya dengan perambut 30 lbs yang aku gunakan boleh putus akibat gigitan siakap, itu terpulang pada pengalaman masing2...ape yang aku rasakan... ianya tak dapat dijangkakan, dengan keadan arus yang deras... tak rasa tak tahu... main pakai cakap je...memang boleh..



                    Sabtu 4 May 2013

Siakap 9 kg
Begitu sukar bila nak naikkan ikan seberat 9 kg ke bot kerana memancing berseorangan


Walaupun tak banyak , walaupon seekor aje namun , ianya satu kepuasan