JOM JADI SAHABAT SAYA

Selasa, 25 Jun 2013

Pengalaman mencemaskan

Sabtu 8 June 2013

           Rasa seronok bila nak turun mancing , lebih kurang tiga minggu  tak turun mancing kerana sibuk dengan urusan kerja dan keluarga ,perancangan untuk turun memancing diKong Kong bersama  Yusz pada pagi ahad 9 jun 2013 telah aku aturkan sekitar seminggu yang lalu , , pada hari sabtu 8 june 2013, perkejaan ku telah habis seawalnya dari pada biasa , hati berdetik rasa nak turun mancing lebih awal  pada petang sabtu membawa ke pagi esoknya , sementara menunggu trip bersama Yusz pada hari ahad pagi .

 Hal ini telah pun aku maklumkan kepada isteriku,  isterku tidak begitu setuju dengan apa yang hendak aku lakukan "Bahaya !" katanya....aku tahu dengan apa yang aku lakukan...."bisik hatiku" , walau bagaiman pun ,aku akur dengan kata2 isteriku.... .kerana nasihat yang berguna . aku cuba telefon Bedul rakan pancingku, untuk mengajak beliau turun memancing pada petang sabtu hingga ke esok paginya.... malangnya ajakan ku ditolak kerana beliau mengalami masaalah , isterinya sakit dan berada di hospital... aku dah bulat tekad untuk turun memancing seorang diri dan bercadang untuk memancing dibawah jambatan serta akan bermalam dilokasi Rakit Teluk Sengat . Pada pukul 3 petang ,sedang aku sebuk berkemas-kemas  .... telefonku berdering.....Bedul telefon aku dengan memberitahu bahawa dia jadi pergi memancing , isterinya dah ok ,pihak hospital dah beri kebenaran untuk pulang......kami telah pun membuat keputusan dan menetapkan masa akan berjumpa di jeti Sungai Latoh Kong Kong pada 4.30 petang,

Aku sampai lebih awal dari Bedul .... segalanya telah aku siapkan sendiri tanpa Bedul ,pasang enjin pada bot .susun barang dan lain2 patah pinggang aku dibuatnya, yang buat tak laratnya kena pikul enjin , dari kereta ke jeti , dari jeti  punggah dan pasang enjin di bot , peh!!!!!!.. Bot telah pon  berada diair , hanya menunggu kehadiran Bedul......,  mana pulak mamat ni....  terhegeh2 nak sampai.., "Bisik hatiku"....,setelah setengah jam menunggu  mamat ni baru sampai dengan senyuman yang lebar sampai ke telinga... ape taknya , semua kerja2 pemugahan  kedalam Bot telah pun siap..

Aku dan Bedul mula bergerak menyusuri Sungai Latoh untuk menuju ke destinasi pertama ku dibawah jambatan panjang, lebuhraya Senai ke Desaru., sekitar jam 5.10 petang kami sampai dilokasi.... macam biasa la....memasang umpan pada matakail dan memulakan aktiviti memancing , cuaca kelihatan  mendung  bersama angin sepoi -sepoi, beberapa ekor udang hidup terkorban dijadikan sebagai umpan, namun tida sebarang rentapan ganas , hanya pagutan2 kecil dari anak2 ikan dan sibuntal yang menghabiskan umpan , aku dah mula rasa bosan.... cuaca semakin lama semakin gelap, berserta hujan gerimis......,."Bro... hujan ni ,jom beralih !" kata aku kepada Bedul.... "relax dulu la Bro..." jawab Bedul ,  hujan semakin lebat, aku dan bedul bergegas bergerak betul2 dibawah jambatan, untuk mengelakkan dari terkena hujan..... , nun kejauhan arah sebelah darat menghala ke pulau layang, kelihatan gelap dan laut nampak putih menghampiri kami, makin lama makin dekat ,suasana semakin gelap bila angin membawa awan datang dari tiga penjuru ,arah dari Pulau Layang , arah dari Belungkur dan arah dari darat Kong Kong bercantum menjadi satu, suasana seperti waktu senja nak masuk malam , menakutkan..... sangkaan kami pada masa itu hanya hujan dan angin biasa sahaja, alangkah terkejutnya kami, bila hujan datang bersama ribut , tak sempat kami nak lari kedarat , bukan jauh sangat hanya 100 meter kami dari pantai, sauh pun tak sempat nak angkat , hanya hulurkan tali yang agak panjang kemudian  masuk berlindung dibawah tiang2 batu , ketingian ombak masa tu sekitar1.5 meter berserta angin kencang ,sesekali ombak 3 serangkai datang menjadikan lambungan semakin tinggi sekiar 2.5 meter , kehadiran ombak 3 serangkai membuatkan kami menundukan kepala , kerana dah hampir dengan lantai atas,
suasana jadi kelam kabut dibuatnya, bot jadi tak setabil tongang langgang tak keruan , kami hanya bertahan dicelah2 tiang dengan tangan sahaja ",bedebam ,bedebum ,bedebam ,bedebum" bot terhagul / terhantuk pada tiang batu ,masing2 muka pucat lesi tak berdarah...."ya allah selamatkan diriku janganlah kau tarik nyawaku hari ni," bisik hatiku........ketika itu terbayang wajah2 orang yang aku sayang ,anak dan isteri....tak tahu apa akan jadi pada diriku hari ini , aku hanya berdoa ,bertawakal dan berserah kepada allah ,

 Aku dan bedul silih berganti melaungkan azan , keadaan semakin cemas , bot bergoncang terus ,tiada tempat untuk kami menambat bot, enjin bot  dihidupkan  dan sentiasa mengawal pergerakan bot agar tidak tersasar jauh masuk kedalam, dicelah-celah tiang , ini boleh mengundang maut , bila bot terkandas , ombak tinggi bersama angin datang , boat tak bergerak membuatkan bot boleh terlungkup dan karam atau pecah terhentak pada tiang batu yang berteritip......" Bro... boleh tahan tahan tak , kalau tak tahan kita keluar dari sini ",  ...jerit Bedul , " klu nak lari keluar dari bawah tiang ni ke pantai , kena tarik sauh dulu......, nak tarik macam mana ombak tinggi ni...bahaya !..."   kata aku....., " ok lah , kita bertahan kat bawah ni sampai angin reda" jawab Bedul ....    Sekitar satu jam bertarung dengan ombak dan angin ...., sekitar 6.30 petang keadaan sedikit demi sedikit beransur pulih dan tenang seperti sediakala.....kami pun bergerak menuju kedaratan dan berehat seketika...keletihan terasa akibat bermain dengan ombak dan ribut ,alhamdulillah syukur ,kami selamat...,  kami  berkemas2  untuk misi seterusnya ... itu lah pengalaman yang tak dapat ku lupakan .



Peta perairan sungai KongKong,
Kehadiran angin dari 3 penjuru




Jambatan/Leburaya Senai - Desaru 



Lokasi tempat berteduh yang menakutkan



3 ulasan:

  1. Balasan
    1. memang pun... nasib baik tak karam... hehehehe... itu baru pengalaman namanya...pengalaman membuat kita lebih matang dan berilmu

      Padam
    2. memang menakutkan.... muka sorang2 pucat takde darah....pengalaman pertama di kongkong masai

      Padam