JOM JADI SAHABAT SAYA

Jumaat, 15 Mac 2013

Perkara penting bila turun memancing



15 March 2013 (1.00 am)



Persiapan
Bila turun memancing, kita perlu buat persiapan awal , bagi mengelakan keadaan yang tidak diingini , seperti kelang kabut, tertinggal alatan2 memancing, lewat kelokasi yang telah dijanjikan bersama rakan....dan sebagainya...


Persiapan awal
Menyusun semua peralatan dan keperluan yang hendak di bawa disatu sudut, rancang perjalanan lebih awal dan teratur, agar tidak tergesa-gesa, bayangkan bila kita tertinggal beg duit bagai mana ? waktu itu kita baru selesai mengisi minyak kenderaan di stesyen minyak , bila nak bayar ... beg duit takde kat kocek... bagai mana perasaan dan keadaan kita masa tu...hehehehe.......sendiri mahu ingat  ye...

Bagaimana bila peralatan memancing anda tertinggal , seperti mata kail dan batu ladung serta lain2... tak malukah kita , pinjam kat kawan kita, sekali takpe... klu pancing kita kerap tersangkut dan putus berkali-kali... tergamak kah kita minta lagi....  harga batu ladung pon boleh tahan juga...sekali mainta orang berebut nak bagi / tolong... masuk kali kedua orang dah mula jeling kita..... sendiri mahu ingat...
Membeli keperluan / alatan memancing lebih awal.... jangan semasa hendak pergi memancing, baru nak cari kedai pancing .... keadaan ini membuat kita akan lambat sampai ke lokasi...ada diantara kaki pancing yang menitik beratkan masa... mengejar waktu air pasang surut.. kalau lewat....merasakan satu kerugian , untuk membeli peralatan yang kurang....kita boleh membeli dua hari sebelum kita turun memancing .


Melangkah Joran / Batang pancing
Pesanan dari orang tua2 joran atau batang pancing jangan dilangkah-langkah kelak , joran yang dilangkah itu susah nak dapat ikan... bab ni, bagi yang nak percaya terpulang lah.... bagi saya nak langkah joran beratus kali pon takpe... asal jangan terpijak dan patah udah le....saya ada sebatang joran, yang tak tahu berapa kali sudah di langkah, dan pernah terpatah cincin dibahagian hujung sebab terpijak ....hehehehe... tapi kalau turun mancing siakap..... joran ni yang selalu naikkan ikan besar2 plak tu....


Pakai kasut dalam bot
Saya pernah dengar orang2 tua kata, jangan pakai kasut dalam bot/sampan.... tapi tak dinyatakan ape2 dia.....dalam hal ini banyak yang boleh kita kupaskan dari segi kebaikan... seperti keselamatan, kerbersihan dan keselesaan didalam bot...


Perkara2 yang dilarang
Semasa turun memancing...., jangan bersiul ,terlalu suka ,cakap besar,mencabar, jangan tegur bila kita nampak sesuatu yang pelik dan ganjil buat tak tahu saja.. kerana dilaut bukat tempat kita...dilaut mempunyai penjagganya yang kita tidak ketahui...sebaiknya berzikir lah....bacalah ayat2 Quraan yang kita tahu...agar kita tidak di ganggu dan dilindungi oleh allah...
ada juga yang menasihatkan... jika kita memperolehi hasil dan tangkapan yang luar biasa pada satu2 masa membuat kita hampir leka...disaran kita agar perpindah ketempat lain buat sementara waktu... .ditakuti ada sesuatu sedang menanti kita.....( pandangan dari rakan )

Bawa air dan makanan secukupnya... 
Bila berada ditengah laut, cuaca panas ,kulit dan tekak akan jadi kering , sebaiknya bawa air minum secukupnya, kekurangan air dalam badan boleh mengakibatkan , kulit kering, keletihan dan sakit kepala. bagi perokok kena minum air yang lebih....., bawa makanan ringan seperti gula2 , kerana  ianya dapat membantu melegakan tekak yang kering..,air manis juga digalakkan sebab ianya memberi tenaga kepada kita...
semasa nak turun memancing disarankan agar tidak makan terlalu kenyang dan tidak mengambil makanan yang pedas... ditakuti diserang sakit perut /mengulas/cerit-berit..... ini mengganggu konsentrasi kita tengah memancing

Ubat-ubatan 
Sediakan sedikit ubat seperti , Panadol dan ubat tahan bisa... kerana malang tak berbau.....
kebiasaannya pemancing akan mengalami sakit kepala sebab keadaan cuca yang panas, dan belaku keadaan cemas bila disengat ikan berbisa...

Peralatan penting
Kadang kala kita rasa tak penting,ada diantara pemancing tak ambil port langsung, iaitu....parang, banyak gunanya,selain dijadikan sebagai senjata, lampu suloh, baju hujan, Tools/ peralatan seperti sepanar scroo driver, plug.. ( bagi yang naik bot)

Berdoa
Berdoa lah...bacalah ape2 yang kita tahu ,seperti ayat kursi, 4 kul dan perbanyakkan selawat keatas nabi...mintalah kepada allah agar kita diselamatkan pergi dan balik, diselamatkan orang2 yang kita tinggalkan (anak dan isteri kita) dimurahkan rezeki kita , mudah-mudahan memperolehi hasil tangkapan yang lumayan buat keluarga kita ....AMIN.



Sekadar berkongsi dari sedikit pengalaman yang ada... mudah-mudahan ianya dapat membantu rakan2 pancing, lebih2 lagi kepada rakan2 pancing yang baru berjinak2 dengan aktiviti memancing..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan