Assallamualaikum.....
Buat rakan2 pencing, terutamanya rakan2 yang mengujungi blog ini , terima kasih saya ucapkan...
Kalau nak cerita pasal mancing ni.... satu hari satu malam pon tak boleh habis dengan pelbagi pengalaman masing2.... bila tengok gambar2 orang dapat ikan besar ni pehhhh! seronok bukan main..
bila kita gi mancing hampehhhhh... tu yang buat joran berhabuk berbulan2 , kerana hasil kurang memberangsangkan.... ade juga yang nak guna semula pancing untuk turun memancing ,dah tak boleh guna , mesin dah jem dan berkarat , kerana dah lama tak tak turun mancing ( cuti mancing )..
ni ade pesanan buat rakan2 yang baru berjinak2 dengan mancing neh.. lepas pergi meanacing, joran dan mesin jangan lupa di cuci...sebelum di simpan , kalau dibiarkan tanpa dicucui,mesin dan cincin pada joran akan rosak/berkarat dan reput..... begitu juga dengan tali pada mesin... dipancutkan dengan air deras agar tali tidak rosak dan belaku kepingan2 garam dibahagian tempat letak tali......jadi kita tak perlu kerap tukar tali...
Memancing ni adalah satu aktiviti yang baik... kita boleh rehat2kan kepala otak kita...heheheh......., bermacam-macam pendapat mengenai memancing neh...ade yang kata..." mancing ni buang masa dan buang duit", itu kalau kita tanya orang yang tak paham pasal mancing.... cuba kita tanya dengan otai2 mancing atau orang yang selalu turun mancing.... pasti !!! jawpannya fositif...
bagi saya... kalau 2 minggu tak pergi dah mulalah tangan gigil... tak dapat gi mancing, belek2 joran serta tengok barang2 mancing tu , dah kira terubat juga gian nak pergi mancing...
Ape pun cara kita pergi memancing , tak menjadi soal....asalkan kita senang dengan cara dan kemampuan kita sendiri..........kalau kita nak ikut orang pergi mancing di tengah laut dengan menggunakan kos tinggi yang mungkin kita tak mampu, dengan kata lain "over bajet " tak payah lah.... ade diantara rakan2 kita yang hanya memancing ditepi sungai ,hanya bermodalkan minyak kenderaan dan umpan sahaja, ada pula yang senang memancing dirakit dan menyewa bot kosong tanpa enjin dan mendayung disungi dan muara seperti saya dulu.... kadang kala hasil yang dibawa pulang boleh dikatkan lumayan juga...
Mancing Pantai
Lokasi : Pantai Temala sedeli ,johor
mancing ditepi pantai
Loksi yang berbatu
Hasil mancing dilokasi ini (no 1)
Hasil mancing dilokasi ini ( no 2)
Mancing Rakit
Lokasi : Rakit kg perigi aceh Pasir Gudang
Mancing guna bot kosong
Lokasi : Sungai Latoh Kong Kong
memancing guna bot tanpa enjin ( mendayung )
Hasil memancing
Mancing guna bot
Lokasi : Kong Kong
memancing menggunakan bot
Hasil Tangkapan (no1)
Hasil tangkapan (no 2)
Hasil tangkapan ( no 3)
Hasil tangkapan (no 4)
Hasil tangkapan ( no 5)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan