JOM JADI SAHABAT SAYA

Rabu, 10 Disember 2014

Sembilang Oh Sembilang


Ahad 23 Disember 2014

Terkenang kembali tragedi  yang tak dapat dilupakan  bila disengat ikan sembilang ketika memancing ……peh!!!!..... sakit tak terkata, hanya  tuhan sahaja yang tahu azabnya…….. perkara yang  tak  disangka  sangka belaku dengan sekelip mata……

Pada mulanya …… dengan berumpankan udang kopek dengan saiz mata kail yang agak  kecil ,pancing  dilontarkan  di tepi reba sekitar 20 kaki dari bot…..merupakan lokasi yang terdapat pokok lama yang telah tumbang….belum habis rokok di hisap , dah ade pagutan  atau sentapan kecil yang berulang2 terjadi…. Aku pun menyembatnya…. terasa ada ikan yang mengena pancingku…. Tapi tarikan tak sekuat mana… aku memusing mesin dengan pantas , takut terlekat pada reba kayu
“Hah!..... tu dia.... anak sembilang” kataku kepada regu memancingku…….dan terus meletakkan ke dalam bot ,  “Hati2 bro.. sembilang tu bahaya….” Kata regu memancing ku .


Tengok pon dah tak mahu.....Ngeri je rasa....

 Aku  mulai mengeluarkan playar long nose untuk membuka mata kail pada anak ikan sembilang yang panjangnya sekitar 6 inci….aku mula menyepit mata kail yang kelihatan dimulut anak ikan sembilang tanpa membuang sengat terlebih dahulu…dengan mencungkil dan menyentap mata kail sambil mengoyangkannya ke atas serta kebawah… …. Biasa buat ok je…..ikan terlepas , kali ni ….ikan tu berlipat dan berpatah balik ke arah ibu jari….. ape lagi terpacak terus…. Dengan sepantas kilat aku membalas dengan menghumban nya semula…… peh!!!... Darah dah mula keluar…… sakit kian terasa hingga ketulang... tapi tak begitu hebat sakitnya…..aku mula rasa cemas…… ape yang aku teringat … kencingkan pada tempat di sengat… ( petua orang dulu)  letak tembakau yang di basahkan dengan air….. kemudian makan Panadol yang memang  sedia ada dalam kotak mancingku sebagai persiapan bila kecemasan….

Aku sambung semula memancing …. Sekitar 4.30 petang  kesakitan semakin kuat terasa berdenyut denyut ….. ape lagi kemas2 dan pulang ke rumah takut berlaku hal2 yang tak dijangka….
Perjalanan untuk sampai kerumah sekitar 40 minit…. Sepanjang  perjalanan aku menahan sakit….. sampai kerumah… dengan tergesa2 aku membawa masuk peralatan memancing ke dapur…… mandi dan pakai baju terus ke klinik yg berhampiran sekitar 7.00 malam….ditemani  anak dan isteri … nak bawa kereta dah tak boleh tangan dah sakit… jadi ….isteri yang drive…… sampai diklinik kena tunggu pulak…. Peh!!!... tangan dah sakit berdenyut2 ne..… sekitar 20 minit menunggu , baru nama dipanggil….Adoi!!!..... kena satu suntikan… ambil ubat dan mc terus balik kerumah……terbang duit aku rm78... Sakit  semakin kuat…. Tangan dah mula membengkak dan kebas…. tak senang duduk dibuatnya….

Bertawaf dalam rumah kedepan dan kebelakang….. tak boleh nak duduk…. Isteri tengok naik pelik dan risau….. bertawaf sampai pukul  10.00 malam tak henti…. Aku ambil keputusan untuk ke klinik semula…… memberi tahu kepada Docktor keadaan aku yang semakin sakit walaupun sudah diberi satu suntikan ,Nah…. Amik ko… satu lagi suntikan…. Ayo yo…….”  ape sudah jadi ni”….. bisik hatiku.  Pulang kerumah semula…… kesakitan masih sama tiada perubahan…. Malahan dah mula kesakitan menyelinap ke bahagian lengan ku , rasa sengal dan bisa……serta kebas…. Rasa macam dah tak de tangan….

Malam semakin larut… sekitar pukul 12 malam…. Kesakitan semakin menjadi2… ape yang dibuat tak kena…. Baring kat bilik, bangun balik pergi tandas kencing,,, lepastu minum air, isap rokok… duduk atas kerusi, duduk bawah kerusi, keluar depan laman rumah… masuk semula… buka TV, tutup.. naik bilik baring… bangun semula…… semua tu terjadi berulang sampai pukul 5 pagi….. minum air 15 kali , kencing 15 kali , isap rokok 15 batang…….tidur pon dapat 5 minit aje …. Itu pon sambal duduk…. 


Dapat tidur 5 minit je.... sambil duduk

Aku geram… masak air panas…. Tapi  lom sempat mendidih aku dah angkat tuang dalam baldi… lepas tu jirus kat tangan sikit2…. Tapi tak berasa ape2…. Aku terus masukkan tangan kedalam baldi….dalam  4 saat baru ade rasa sensetif kepanasan … aku buat berulang2 kali…. Hingga tangan jadi merah……..aku tak sedar bahawa tangan aku dah melecur……..


Kulit melecur ,sakit serta bisa....

Selepas solat subuh aku dan isteri bergegas ke Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Baharu untuk dapatkan rawatan kecemasan…… hah!!! Kali ni lagi power…amik ko….. 3 pacak lagi… 2 dibahu  1 di punggong …. Peh!!!....... azabnya….. rasam macam tobat nak turun mancing…. Tengok ikan sembilang pon jadi fobia…… masuk malam kedua dah ok sikit dah boleh tidur lena alhamdulilah keadaan beransur pulih dah mula masuk kerja....


Hari ke4 .... tangan yang bengkak dan kembung  itu dah mula mengeluarkan air dan nanah keluar tak berhenti henti........dah sepuluh hari berlalu nanah keluar macam tak mahu berhenti.... bau yang sangat menyengat , menyelinap masuk kelubang hidung ....,membuatkan hilang selera untuk makan..
mungkin air bisa keluar..... 


Berlubang.... keluar air dan nanah tak henti2 ....
berbau busok...

Hari ke7 .... keadan tidak berubah nampak macam semakin teruk.... dah mula lubang luka terbentuk....... tak sakit  cuma bengkak belum susut  sepenuhnya ........tapi masih sempat lagi turun mancing seminggu kemudianya ... heheheheh.... beli kapas dan plaster tepek kat tangan... ingat dah selesai cerita.........  satu hari sekurang- kurangnya 7-8 kali tukar plaster dan kapas.... bau... peh melantung!!!!!


Degil betul mamat  ini....hilang sakit...kelaut lagi...
tak serik2.....

Lubang semakin membesar.... berair.....

Hari ke 11....aku ambil keputusan untuk berjumpa docktor..... tangan  yang berlubang dicuci dan disumbat dengan kain.... proses memasukan kain dalam lubang luka tu pehhhh!!!! allah saja yang tahu.... sakit  dan ngilu terasa kerana luka kena dekat tulang......


Disumbat dengan kain tempat yang berlubang...kemudian dibalut.



Buat teman dan kaki pancing.....
berhati2lah.... semoga dengan ape yang saya alami tidak berlaku pada rakan2 semua.... terima kasih kerana sudi membaca...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan