BACAAN AIR
4
|
0000
|
1.5
|
L
|
4
|
0546
|
2.4
|
H
|
4
|
1252
|
0.8
|
L
|
4
|
1946
|
2.4
|
H
|
Jumaat , 11.00am , Aku baru sahaja terima mesej dari member , mengajak aku turun memancing.... tapi turun lewat sikit... rasa hati berbelah bagi, sama ada nak turun mancing atau tidak, aku memang betul2 tak minat pergi mancing lewat2 ni...... tak syok , jadi aku mengambil keputusan untuk batalkan sahaja .
Sabtu 6.00am, selepas solat subuh...... hati berdetik , gatal pulak nak turun memancing..... memandangkan esok hari mengundi, minggu depan takde cuti... kena pulak sekarang ni time air cantik. jadi aku tak buang masa ,. berkemas- kemas , sekitar 6.30 am hidupkan enjin kereta dan jalan...nampaknya.... aku turun seorang sahaja la....
Sampai dilokasi sekitar 8.30am , aku melabuhkan sauh di lokasi yang sama... kelihatan air bergerak surut, dalam arus agak pelahan ,aku mula melakukan casting... lontaran demi lontaran , tanpa dapat sambutan dari siakap, kelihatan anak2 ikan belanak betaburan lari di permukaan air sekitar 20 meter dihadapan ku , " ni mesti kena kejar dengan siakap besar" bisik hatiku " ... setelah lama casting, tangan mula lenguh..... aku lontar jauh2.. mengikut arah air turun , selepas itu batang joran aku letakkan di belakang bot di sebelah enjin... , aku memasang rokok sambil membuat perambut untuk joran yang satu lagi.... sedang asyik mengikat perambut .. tak semena-mena joran yang aku letak disebelah enjin tadi mengelupur ,macan nak terbang , hujung joran dah duduk dalam air , bahagian mesin dah tertongging keatas nak masuk dalam air berserta bunyi "zitttttttttttttttttt" satu keburan dan loncatan siakap saiz XXL dihadapan ku sekitar20 meter... "ha dah kena" bisik hatiku... nak cakap dengan siapa ? dah mancing sorang2... cakap sorang2 je lah...... aku tak buang masa, bertarung habis-habisan , tak bagi peluang .... kalau nak putus, putus lah aku tak perduli , kalau dah rezeki aku hari ni pasti kau akan duduk dalam tong aku hari ni..." bisik hati ku" sebelum ini banyak kali putus diperambut... kali ni aku tak perduli aku hanya bertawakal sahaja... , sekitar 25 minit bertarung, dah kelihatan tanda2 siakap XXL tu dah mula mengalah , dah mula menyenget , namun begitu sukar juga hendak didaratkan kebot... maklumlah seorang aje ... akhirnya siakap XXL kecundang....heheheheh... sekarang kau milik ku...
Betul- betul letih ...tengok muka penat ade, nak marah pon ade... walau macam manapun hati gembira... sebab siakap XXL dapat ditumpaskan ,ni... rekod terbaru 9kg
Siakap XXL 9kg.... tong tak muat
Asam pedas daun kesum siakap XXL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan