AMARAN KATEGORI KETIGA
OLEH -
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
Di Perairan Laut China Selatan
SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAM
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 50-60 kmsj dengan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Tioman, Johor Timur, Sarawak, WP Labuan dan Sabah Barat dijangka berterusan sehingga Jumaat, 18 Januari 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 14 Januari 2013 .Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan