JOM JADI SAHABAT SAYA

Jumaat, 21 September 2012

Pulau Layang 2, Teperangkap 5 jam



AHAD 16 SEP 2012
Sekitar jam 3.00 petang , segala persiapan untuk memancing bersama rakan telah dibuat lebih awal, jadi taklah kelang kabut ..... , dalam perjalana kami singgah sebentar untuk  membeli umpan dan bekalan makanan , Pukul 4.00 petang kami tiba dijeti dan membuat pemungahan barang ke bot, masa diambil sekitar 30 minit ,setelah semuanya selesai  kami pun memulakan langkah pemburuan ,

Cuaca agak merisaukan kami ,kerana sewaktu dalam perjalan menyusuri anak sungai untuk keluar, hujan mula turun ,awan mendung berserta angin kencang, namun semua itu tidak mematahkan semangat kami , sementara waktu, terpaksalah singgah memancing di bawah jambatan sementara menunggu hujan reda , sekitar 6.45 petang hujan mulai reda, kami meneruskan perjalanan menuju ke Pulau Layang, dalam perjalan kedaan agak kelam sedikit kerana baru lepas hujan lebih2 lagi dah nak senja , keadaan air teramat tenang tanpa ombak kelihatan seperti sisik ikan, jadi memudahkan perjalanan kami, perjalanan menuju ke Pulau Layang sekitar 30 minit, setibanya di lokasi pertama keadaan dah mula gelap, air mula menyosong pasang...

Selama satu jam menunggu , tiada apa2 lagi pagutan ikan... tidak beberapa lama kemudian satu rentapan kuat dari rakan ku ,membuatkan hujung batang joran nya mencecah air sehingga hampir tak terkawal... dalam beberapa minat berentap akhirnya kecundang (terlepas), taktahu dimana kah silapnya...  lepas tu sunyi kembali tanpa sebarang pagutan ikan hinggalah air mulai surut , bosan mula datang , dan kami bercadang untuk beralih lokasi...



Sewaktu dalam perjalanan, kami melelui laluan pintas dibelakang pulau sekitar 3.30 pagi , dengan tidak semena2 aku merasakan satu gegaran kuat dibahagian enjin, aku cuba memberhentikan bot dan meninjau apakah gerangan yang belaku, aku terkejut bila melihat air yang parasnya hanya satu kaki dari dasar ke permukaan air....bot dah tak boleh jalan... enjin pon tak boleh dihidupkan sebab kipas dah terbenam dalam lumpur,"dah sah ni..., sangkut kat beting" bisik hatiku....  aku mula panik... aku cuba bertenang sambil memasang rokok.... aku cuba menggerakkan bot dengan menggunakan pendayung dengan mecucuk ke dasar dan menolaknya ,dengan harapan bot dapat di gerakkan ,masa berlalu dengan pantas membuat air laut semikin kering dan menampakan beting2 pasir bercampur lumpur...akhirnya usaha yang aku lakukan gagal... keputusannya....... terpaksa menunggu hingga air pasang semula.




Mata yang mengantuk dah jadi terang....pada hal aku dari malam tadi belum seminit pun tidur.. tapi aku punya sedara ni dah berkali2 tidur... perh!!!!!! siap dengkur lagi


Tengah mimpi jumpa puteri Duyung agaknya,,,


         Terkandas berdekatan dengan Pulau Layang.... maklumlah masih tak mahir dengan lokasi disini.


Hasil tangkapan
Sekitar 8.30 pagi air mula penuh, dan sedikit demi sedikit menengelamkan beting2 yang menghalang perjalananku..".ha!... bot  dah boleh gerak" , dengan tidak berlingah lagi aku terus mendayung hingga kekawasan yang agak dalam, start ingin dan terus sambung pemburuan dilokasi berhampiran dengan pulau... hasilnya kurang memuaskan.... tapi kira ok, ada juga hasil yang boleh dibawa pulang.



Sampai dijeti sekitar 3.00 petang ,berkemas2 dan pulang...kenangan yang tak dapat di lupakan.



3 ulasan:

  1. 2 orang bapak hantu ... hantu yang takut dgn dia hehehehe..

    BalasPadam
  2. dia main langgar semua... sampai beting pasir pon dia langgar... Tengok!...siap tidur atas beting lagi..

    BalasPadam