JOM JADI SAHABAT SAYA

Sabtu, 26 November 2011

Silstar Classic 500






SILSTAR CLASSIC 500

TAHUN 1990






PEN 320GTI

           PEN 320GTI, Sejak aku beli hingga ke hari ini usianya kini 19 tahun masih baik lagi, jasanya tak lah begitu banyak, namun ianya mengingatkan aku kepada awal permulaan meancing di laut dalam, mula2 pakai mesin ni haru biru dibuatnya, sebab tak biasa guna, kerap tali bersimpul,



PEN 320 GTI

MADE IN USA

TAHUN  - 1990

Khamis, 24 November 2011

Kata Orang Tua2

      Kalau nak memancing dapat ikan banyak.... kena memancing dalam keadaan lapar/ tidak kenyang ni kata atuk aku.... tak pasti betul atau tidak ,
 boleh cuba, trai ,test...hehehehe............................

Kata Orang Tua2

      Kata orang tua2, dan biasa kita dengar... batang pancing / joran jangan dilangkah kelak , susah nak dapat ikan..... tapi joran aku dah banyak kali kena langkah dan dah terpijak , sampai patah hujung..... tapi klu gi mancing... joran tu lah yg paling banyak dapat ikan dan joran tu juga lah yg akan bawa naik ikan awal2 lagi berbanding dgn joran lain... cam na tu..  hehehehehe........
petua dulu2 boleh pakai ke.... atau ade sesuatu disebaliknya....

Pasir Gudang / Sungai Kim Kim

      Lokasi ini berdekatan dengan penjana kuasa TNB ,perjalanan dari simpang kota tinggi ke pasir gudang  memakan masa lebih kurang 30 minit sampai di lokasi, seaktu aku bujang-bujang dulu sekitar 15 tahun lalu, aku sering ke lokasi ini dengan menaiki bot ,ikan "Mmm..." boleh tahan juga , tapi sekarang tak tahu  lah pulak, mengikut apa yang di beritahu oleh jiran ku yang sering memancing disitu, macam-macam jenis ikan ada di situ seperti, DURI RAGUK, BAWAL,TANDA, PARI ,DAUN BARU , dan macam- macam , itu tergantung kepada rezeki , umpan dan faktor air laut 






              SUNGAI KIM-KIM


      Satu lagi lokasi memancing, waktu dulu tempat ini menjadi tempat kedua selepas memancing di penjana kuasa TNB , aku akan datang ke tempat ini disebab kan hasil nya yang  memuaskan....waktu itu jambatan dalam gambar ni belum ada lagi...





Rabu, 23 November 2011

Petua Orang Tua Dulu2

     

-    Mengenakan pakaian yang berwarna gelap bila nak pergi memancing
  - Tidak buat bising,bersiul atau bercakap2 semasa memancing
  - Bila waktu malam didalam hutan, jangan menyuluh kat atas /langit/pokok
  - Jangan pandang belakang waktu berjalan waktu malam dalam hutan
  - Jangan menegur didalam hutan sekiranya terlihat dan terdengar sesuatu
  - Memberi salam di tempat yang kita nak memancing, dan berkata ( nak tumpang cari rezeki)
-   Jangan buang air merata  tempat
  - Membaca apa2 ayat yg kita tahu bila nak mancing dan berdoa untuk rezeki dan keselamatan
  - Memancing dalam kadaan tidak kenyang
-

Selasa, 15 November 2011

Mengewang - Sungai Permas

Minggu lepas , hari Ahad......... tak tahu nak buat ape kat rumah , klu layankan mata Mmmmm.... tidur aje....... hati tergerak pulak nak gi mancing... , aku telefon member untuk pergi memancing dan merancang untuk berjumpa di satu tempat...sampai di lokasi memancing sekitar
12tengahari....Aku pergi memancing tak bawa apa2 umpan  pun......memang bercadang nak mengewang ikan siakap je.... . satu persatu anak sungai dan tali air aku susuri sambil melontar gewang..... tapi tiada saekor siakap pun yang mengejar gewang ku...sampai di satu tali air berdekatan dengan kolam ikan , aku melontar ke kiri dan ke kanan  , lontaran yang ketiga apa bila gewang jatuh di permukaan  air, aku ternampak kelibas ikan berwana kilat menerekam dan menyambar gewang ku....air berkocak, hehehehehe .......ikan siakap yang diharapkan tapi ikan bandang yg menyambar.... kira ok le tu.... janji balik tak kosong sekurang2 nya masa dan minat terisi....

 Ikan bandang makan gewang....

 Anak sungai bersebelahan dengan kolam ikan

Jalan menuju ke lokasi memancing

Sungai Como- Ganu

Sungai Como adalah nama yang tidak asing bagi penduduk dikawasan sekitarnya , pandangannya  yang indah dan mententeramkan memukau setiap pengujung yang datang....... , untuk  sampai kelokasi ini dengan mudah , kita boleh memulakan perjalan dari pekan Kuala Berang dan menuju ke sungai como sekitar lebih kurang 30 km jauh perjalanan . sungai como merupakan satu lokasi dimana terdapat banyak sangkar2 ikan yang di bina di atas permukaan tasik bagi tujuan ekonomi, sungai como adalah pangilan untuk lokasi ini, kerana dikawasan berhampiran dengan tasik ini terdapat sebatang anak sungai yang di panggil sungai como . tasik ini merupakan  rangkuman dari tasik kenyir dengan  terdapat banyak pulau2 dan jeram dalam tasik ini , oleh kerana tasik kenyir sangat luas, maka... ada nama2 tertentu yg diberikan bagi satu2 lokasi ,bagi tujuan perbezaan tempat.

Lokasi menuju ke tasik

 
Penternakan ikan dalam sangkar

                                                       Penternakan ikan dalam sangkar

memancing







Tempat rehat


Pantai Temala -Sedeli

REZEKI DI PANTAI TEMALA






Hasil tangkapan di pantai Temala,Sedeli

Ikan tamok pantai Temala...
 masak asam pedas pon sodap...

Pantai Penyabung -Mersing

   Pagi ni aku bangun tidur awal sikit dari pada biasa, jam didinding menunjukan sekitar 4.00 pagi. rancangan aku dan keluarga pada hari ini adalah untuk bersantai  ke Pantai Penyabung Mersing,segala persiapan telah ku buat sejak petang semalam lagi, untuk mengelakan dari kelamkabut, , enjin kereta telah pun ku hidupkan, hanya tinggal mengisi barang sahaja  kedalam kereta,setelah selesai solat subuh kami pun bergerak, sekitar 6.00 pagi...

Dalam perjalan, suasana agak sejuk dan berkabus tebal,
sebab malam tadi hujan lebat sangat..

                                                                        Teluk Sari,



Bagiku tempat ni memang cantik dan meninggalkan banyak kenangan ......




Pulut panggang dan nasi lemak serta sata ikan, menu utama di sini...


Lokasi tempat aku menginap...

ini lah keluarga ku...

 
Rehat sebentar sambil melihat pantai ....

 
Bersiap nak pergi memancing....

 
Jeti utama pantai Penyabung,
pusat pendaratan hasil laut,dan aktiviti ke pulau serta
aktiviti memancing laut dalam...

aktiviti memancing di atas jeti


Pemunggahan ikan dari Bot Nelayan ...


 
Yang ni..jiran sebelah tempat aku menginap... pakar pancing tepi pantai
tengok dia punya hasil tangkapan.....



Hasil memancing..


Salah satu lubuk ikan...


fuh!................ besarnya...



Kecil pon keci lah... janji ada...hehehehehe...


Jeti nelayan, tempat parking bot


lokasi ini sering di kunjungi pemancing


Sesungguhnya Pantai Penyabung memberikan ketenangan dan keseronokan ...
keindahannya menggamit ramai pengunjung datang dengan pelbagai tujuan , sama ada ke pulau, ke laut untuk memancing dan ke kelong , bila hujung minggu dan musim cuti sekolah ,
 chalet semua penuh , kena buat tempahan awal2...





Ikan Kelah Tasik Kenyir

Mancing kelah di sungai
terengganu mati













Hulu Sungai Pendas

Mengikut cerita-cerita,....... sebahagian dari orang dikawasan ini..... mengatakan kawasan ini dianggap keras... bukan keras kerana batu-batu yang berada disini tapi..terdapat makluk yang menyeramkan , mendiami dikawasan ini..dipanggil "PONTIANAK" ... kali pertama aku mengail disini bersama kawan-kawan hingga lewat  malam.. aku merasakan lokasi  ini menyeramkan dengan keadaan yang gelap dan sunyi...., aku tidaklah merasa takut ....sebab aku bersama kawan-kawan yang lain....Selepas beberapa minggu kemudian ... ada berita tergempar yang aku terima dari rakan-rakan ku...mengatakan tempat yang aku pergi memancing bersama kawan-kawan tempohari diserang "PONTIANAK" ... makluk ni menganggu orang-orang yang sedang memancing disitu pada waktu malam.... Pehh!!!!..... menyeramkan membuatkan bulu roma ku berdiri...




"KAK PON.... Hehehehehehe........
ade berani ke!

Atas Jambatan tumpuan pemancing 







Ikan Sumpit


Ikan Siakap





Ikan Siakap masak asam pedas