Kali ini trip kami menghala ke arah sungai Tanjung Buai , merupakan sasaran utama kami , sekitar 6.30 pagi aku dan nizam dah tercongok di jeti untuk membeli umpan tambahan... sebenarnya aku dan Nizam telah mula memancing sejak petang sabtu lagi langsung bermalam hingga ke pagi ..... tangkapan tidak begitu memuaskan dan kami bercadang untuk ke Tanjung Buai untuk mencuba nasib..
Lubuk demi lubuk aku terokai... namun hampeh ..... ade tak ade pon wak misai yang naik ( ikan Duri ) namun kami tak berputus asa.... beberapa tempat kami diterokai namun tidak membuahkan hasil..... hinggalah kami menemui sebuah rakit , kelihatan ada beberapa buah bot yang berlabuh disekitar nya..... jadi aku pon tumpang sekaki , kedudukan aku betul2 ditepi rakit agak jauh dari bot2 yang lain .....
ikan tamuk
Selesai saja mengikat tali bot pada rakit , aku mula melabuhkan pancingku berumpankan udang hidup, aku hulurkan hanya di tepi bot sahaja... kelihatan air mula dah nak penuh.... kelihatan anak2 ikan banyak bermain dipermukaan air.... membuatkan aku jadi seronok.... baki roti malam tadi yang tak habis ,aku cubit2 dan aku taburkan kepermukaan air , sekitar beberapa minit kemudian , kelihatan anak2 ikan berebut2 memakan roti yang aku tabur tadi... sesekali kelihatan keburan2 agak kasar menyambar cubitan2 roti.. aku tabur lebih banyak lagi... wah!!!! "tamok dah sampai" kata aku pada nizam... aku dan nizam cepat2 mengeluar kan joran halus yang telah disiapkan dari awal2 lagi...ape lagi kami bergasak dengan ikan tamuk sekitar 500-700 gm seekor... sesekali lalu ikan tamuk berekor kuning dengan anggaran beratnya sekitar 1-2 kg berlegar2 didepan kami... membuatkan kami lupa dengan joran lain yang kami pasang.....tidak semena2 joran yang berumpankan udang hidup tadi ,hujung joran melentuk ke air hampir2 nak terejun dalam air, dengan pantas aku menyembat dan mengayuh mesin dengan pantas.... kerana takut tersangkut pada tali rakit...layan punya lain... tu dia ikan senangin hahahaha... bukan main seronoknya...
ikan senangin dan ikan bulan
Nizam ( gambar belakang ) nak senyum tapi macam tak jadi.... apa taknya 1 set joran yang baru dibelinya , habis terjun laut, akibat direntap ikan tak sempat nak sambut... kesian aku punya geng ne...
kanan atas - ungah , merah ,duri, gelama torak , talang , tamuk
kanan bawah -senangin, bulan , talang dan tamuk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan